Halaman

Saturday 1 December 2012

senyum selalu :D

♥ ketika seseorang memujimu MAKA pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu agar RIAK jauh dari JIWA mu,

♥ ketika seseorang mendekatimu MAKA alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu,

♥ ketika seseorang menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILAH didalam JIWA mu agar KESYUKURAN dekat di KALBU mu, (^_~)

♥ LIKE | COMMENT | SHARE ♥

Monday 28 May 2012

JOm JADi BAIk









Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah.Disini tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya so
lat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

#inilaah tips untuk menjadi wanita solehah , para sahabat HAWA ana , mari kita amalkan , Insyaallah , semoga di permudahkan oleh Allah ^^"

Wednesday 14 December 2011

Malaikat atau Syaitan??


Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??

... ... Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.. —

Monday 12 December 2011

Islam adalah cara hidup

1 Jika kita marah -TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita binggung-  KLIK d oa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji- RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5.Jika kita kecewa- RESTART tenaga agar  sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih-SELECT  ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa- UNDO  perangai itu dan bersolat taubat.
8. JIka kita berdendam -DELETE buruk sangka supaya bersih hati. 
9. Jika kita berbohong- BACKSPACE kata- kata untuk membetulkan keadaan.
10.Jika kita buat maksiat -REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat.



Unique - Menuju Wawasan (New Version).mp4

Santapan Rohani :D


Ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan... Hidup tanpa pengangan, ibarat buih-buih laut .. Bila- bila masa ia akan hilang.
jadikan ALLAH sentiasa dekat dihati kita :)

Tuesday 31 May 2011

Nora Elena best :)

'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

SUMBER ~ http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=922


cITE NIE Dibintangi oleh Siti Saleha ~ Nora Elena Aaron Aziz ~ Seth Tan